Dadah telah menjadi salah satu isu membimbingkan yang sangat membimbingkan masyarakat dan negara. Dadah di anggap sebagai musuh negara yang telah mengakibatkan tenaga muda dan pelapis negara lumpuh serta membantutkan usaha-usaha kerajaan bagi membangunkan masyarakat dan negara dimasa yang mendatang.
“Situasi yang lebih membimbangkan apabila laporan perangkaan menunjukkan mereka yang terlibat dengan najis dadah adalah di kalangan remaja. Kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta ringgit bagi menengani gejala ini. Namun belum menampakkan angka pemulihan yang memuaskan, malah setiap bulan muncul penagih-penagih baru termasuk golongan remaja.
Sesungguhnya setiap individu masyarakat melihat gejala ini sewajarnya dengan rasa keinsafan dan memulakan apacara dan pendekatan yang, dapat menangani gejala ini dengan segera dan berkesan.
Untuk itu buku ini adalah di antara sumbangan penulis mencetuskan satu pandangan yang memungkinkan gejala najis dadah dapat ditangani secara global. Kita harap tips dimuatkan di dalam buku ini sudah pasti dapat dihayati dan dilaksanakan bersama di dalam menangani najis dadah, insyaAllah.




