Tuhan, Tunggu Sekejap Lagi…

RM18.00

Penulis: Muhammad Syafi’ie

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 192

Availability: In stock

SKU: 9789674393489 Categories: ,

“Maaf encik. sepuluh minit lagi akan masuk waktu solat Zuhur. Saya minta izin hendak berhenti di masjid untuk solat Zuhur berjemaah.” Ujar pemandu

“Eh, tak boleh, saya sedang nak cepat dan kejar waktu. Ada urusan perniagaan yang penting. Nanti je saya solat Zuhur.” Kata penumpang kereta itu.

Sering kali ketika penggilan azan berkumandang, kita tetap sibuk dengan pekerjaan, mesyuarat, perniagaan atau asyik bersembang dengan rakan. Seolah-olah kita ingin mengatakan: “Maaf Tuhan, kami sedang sibuk. Tunggu 30 minit lagi.” Setelah berlalu 30 minit, sekali lagi kita berkata: “Maaf sangat-sangat Tuhan, belum sempat lagi, satu jam lagi ya.” Begitulah yang sering berlaku sehingga luput waktu.

Buku ini hadir sebagai satu peringatan dan tamparan bagi kita yang sering lalai lagi alpa dalam menunaikan hak dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Semoga buku ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Weight 0.22 kg
Dimensions 6 × 0.4 × 8 in