Pemikiran Islam Klasik

RM15.00

Pengarang : Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

Muka Surat : 175

Availability: In stock

SKU: 9789830995885 Categories: ,

Sesungguhnya apa yag dikatakan sebagai umat Islam yang ideal atau masyarakat madani itu tiada lain melainkan umat yang sentiasa berdamping dan menjadikan kedua sumber asasi iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi Saw. sebagai peraturan hidup yang murni. Kenyataan ini nampak pada generasi pertama hasil didikan Rasulullah Saw sehinggalah pada zaman Khulafa’ al Rasyidin.

Kemudian kemurnian itu mulai tercemar apabila pemikiran falsafah Yunani telah masuk melenakan kehidupan umat Islam, iaitu pada saat kekhalifahan Bani Umayyah berkuasa. Lebih parah lagi, tenaga serta biaya secara besar-besaran juga dikerahkan bagi usaha penterjemahan falsafah asing untuk dihidangkan kepada umat Islam sepertimana yang dilakukan oleh para khalifah Bani Abbasiah.

Buku di hadapan pembaca ini ditulis oleh Abdul Rahman Hj. Abdullah, Ph. D. beliau telah menghuraikan secara menyeluruh mengenai pengaruh falsafah Yunani serta kesannya terhadap pemikiran Islam klasik sehingga bangkitnya gerakan tajdid (pembaharuan) yang dipelopori oleh para ulama Islam yang tersohor.

Weight 0.495 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in