Bagaimanakah Orang Jahil Menafsirkan Al-Quran

RM12.00

Pengarang : Harun Yahya

Penterjemah: Intan Baizura Salman Halili/Noraine Abu

Muka Surat: 149

Availability: In stock

SKU: 9789830995700 Categories: ,

Al-Qur’an adalah kitab yang maha ideal yang tidak hanya teruji sebagai panduan hidup umat manusia, tetapi juga terbukti secara sains. Berbagai temuan muta’khir yang bermunculan di bidang sains mengukuhkan kebenaran AI- Qur’an ini. Sungguhpun begitu, tidak sedikit orang yang terkandas di tengah jalan dalam menemukan kesejatian AI- Qur’an.

Mengapa hal ini terjadi? Kerana mereka terjebak dalam salah tafsir terhadaap Al-Qur’an. Entah kerana memendam prasangka, ada maksud tersembunyi, kurang jujur, tidak mengerti bahasa ‘Arab, kurang menguasai teknik penafsiran, miskin pemahaman, lemah fikiran atau kerana sang pengkaji dihinggapi sikap angkuh. Banyak contoh yang memperlihatkan betapa penyimpangan penafsiran terhadap Al-Qur’an itu betul-betul terjadi, sehingga mengaburkan pesanan hakiki dari kitab agung ini.

Maka di sinilah peranan penting dari buku “Bagaimanakah Orang Jahil Mentafsir Al-Qur’an” ini. Sekalipun kecil, karya Harun Yahya ini mampu menjelaskan kekeliruan ramai orang dalam menafsirkan Al-Qur’an. Latar belakang penulisnya sebagai ‘ilmuan turut memperkayakan buku ini, sehingga menghadirkan corak tafsir yang lain dari biasanya.

Weight 0.5 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in