The Golden Story of Uthman bin Affan

RM39.00

Penulis: Haji Husseiny Bin Zamburi

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 466

Availability: In stock

SKU: 9789673682836 Categories: ,

Setelah Khalifah Umar bin Khattab r.a meninggal dunia, Saidina Uthman r.a telah dipilih menggalas tugas sebagai Khalifah Islam yang ketiga. Di era kepimpinan Khalifah Uthman r.a perluasan kekuasaan Islam telah diteruskan dan Agama Islam telah tersebar dengan pesatnya ke wilayah-wilayah Eropah Timur, Empayar Parsi, sebahagian dari wilayah Soviet Rusia dahulunya, hingga ke sempadan China dan India.

Semasa memegang tampuk kepimpinan kalifah, Saidina Uthman telah pun berusia 70 tahun. Beliau meneruskan pemerintahan Islam selama 12 tahun. Pelbagai cabaran dan pembaharuan yang telah beliau lakukan di dalam pemerintahan. Cabaran pertama yang perlu beliau selesaikan adalah menghukum orang yang telah melakukan pembunuhan ke atas Saidina Umar Al-Khattab. Selain meneruskan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh khalifah sebelumnya beliau juga telah melakukan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan. Malah beberapa penambahbaikan itu boleh kita lihat dan saksikan sehingga sekarang.

Di antaranya adalah pembesaran Masjid Nabawi di Madinah dalam tahun ke-29 Hijrah (ada yang mengatakan tahun ke-30 Hijrah) yang boleh kita saksi sehingga sekarang. Selain itu juga beliau telah membuka pelabuhan Jeddah pada tahun ke-26 Hijrah. Di mana kita dapat lihat kepesatan pelabuhan ini hingga sekarang yang menjadi pelabuhan utama menghubungkan dunia luar dengan Mekah melalui laut.

Selain itu penambahbaikan yang besar yang telah beliau laksanakan adalah pengumpulan dan penulisan Al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Proses pengumpulan Al-Quran yang telah ditulis oleh penulis-penulis wahyu Allah ini bermula dari zaman Khalifah yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq lagi. Kemudiannya diteruskan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Dan era Khalifah Saidina Uthman, beliau telah menyempurnakannya. Penyusunan dan pengumpulan Al-Quran ini adalah menggunakan bahasa asalnya berdasarkan persetujuan para sahabat. Mereka telah memilih empat huffaz sebagai penyusun Al-Quran, yang terdiri daripada Saidina Zaid bin (Thabit) Tsabit r.a Abdullah bin Zubair, Said bin Al-‘Asy dan Abdurrahman bin Al-Harith ibnu Hisyam. Mereka ini merupakan huffaz Al-Quran dan juga penulis wahyu Nabi Muhammad SAW. Naskhah yang kita baca sekarang merupakan hasil pengumpulan dan penyusunan yang telah diusahakan dan dilaksanakan oleh Sayidina Uthman.

Namun dihujung era pemerintahan khalifah ketiga ini pelbagai fitnah tersebar. Ini juga telah menjadi faktor kepada pembunuhan Saidin Uthman bin Affan.

Weight 0.79 kg
Dimensions 7 × 1 × 10 in