Sejarah Lengkap 25 Rasul H/C

RM59.00

Penulis: Rizem Aizid
Terjemahan: Nabilah Abd. Jalil
Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah
Cetakan: 2020
Muka Surat: 704

Availability: In stock

SKU: 9789674392642 Categories: , ,

Pengutusan para Rasul kepada umat manusia adalah anugerah terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Melalui para Rasul, umat manusia seolah-olah disinari dengan cahaya bimbingan dan petunjuk yang tidak berpenghujung.

Akidah “Laa ilaaha illallah” diperteguhkan, akhlak mahmudah dan karimah diperkenalkan, sistem-sistem kehidupan yang sistematik ditonjolkan dan benarlah, kehadiran mereka membawa rahmat ke seluruh alam; “rahmatan lil a’lamin”. Justeru buku ini membawa anda meneroka lipatan sejarah para Rasul pilihan ini; sejarah kehidupan, mukjizat-mukjizat serta kisah-kish bersejarah mengenai ketokohan kekasih-kekasih Allah SWT ini. Istimewanya buku ini adalah perbahasan di dalamnya dibahas melalui pelbagai perspekstif, iaitu Islam, Kristian dan Yahudi, dan juga beberapa fakta melalui kesan-kesan peninggalan dan artifak berkaitan mereka yang dijumpai.

Semoga dengan memahami kisah hidup kekasih-kekasih Allah SWT ini akan memberikan motivasi yang luar biasa hebat kepada kita dalam menjalani kehidupan pada akhir zaman ini.

Weight 1.4 kg
Dimensions 7 × 9 in