Taubat & Pengampunan Dosa

RM16.00

Pengarang : Imam Al-Ghazali

Penterjemah: Ust. Mohd. Suhail Syamsuddin

Di semak Oleh: Dr.Mohd Puzhi bin Usop

Muka Surat:231

Availability: In stock

SKU: 9789670267852 Categories: ,

Sahal bin Abdullah At-Tustar memetik bahawa : ” Taubat adalah penggantian sikap atau4 amalan yang tercela dengan sikap atau amalan yang terpuji. Tetapi perkara ini tidak akan terjadi dengan sempurna kecuali melalui pengasingan diri, sikap diem serta makanan halal.”

Sebenarnya definisi dan pengertian taubat itu amat luas cakupannya. Secara asasnya taubat ini adalah di mana seorang individu itu mengaku dan menyesal atas perlakuan buruk yang pernah dilakukan dan menetapkan dalam hatinya untuk tidak melakukan dosa tersebut dan juga dosa-dosa lain. Dengan sebenar-benar taubat, perubahan secara total akan berlaku kepada seseorang itu. Ini akan terpancar di dalam setiap perbuatan, akhlak dan dirinya. Imam Ghazali di dalam buku ini mengupas secara terperinci berkenaan taubat, dosa-dosa, cara bertaubat dan cara menahan dan menghalang diri daripada melakukan dan mengulangi dosa tersebut. Bagaimana menimbulkan rasa takut kepada Allah dan mengingati bagaimana azabnya seksaan Allah di akhirat kelak kerana dosa-dosa yang dilakukan di dunia ini. Semoga buku ini Nadir tepat pada masa dan waktunya untuk kita baca dan fahami. Semoga hidayah dan rahmat Allah ke atas kita untuk menggerakkan hati kita agar bertaubat di atas segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan same ada secara cedar ataupun tidak. Dan bersama-sama kita berdoa kepada Allah agar cahaya iman dan hidayah-Nya tidak pernah pudar menyinari hidup kita semasa di dunia ini.

Weight 0.37 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in