Bahaya Riak Dalam Kehidupan Muslim

RM4.00

Pengarang: Drs.Hanafi Mohamed

Muka Surat: 61

Availability: In stock

SKU: 9789830991764 Categories: ,

ISLAM memandang perbuatan riak sebagai suatu wabak yang cukup bahaya dan mengancam kemurnian akidah dan iman serta merosakkan nilai keikhlasan hati. Secara ringkasnya riak ialah suatu perbuatan yang tersembunyi dalam hati, perasaan dan peribadi seseorang dengan niat dan tujuan uan tertentu. Pada hakikatnya orang yang melakukan riak bertujuan untuk memperlihatkan kehebatan, kebaikan, perjuangan dan amalannya. Dengan kata lain riak merupakan perbuatan yang sia-sia kerana mengandungi unsur kepura-puraan terhadap orang lain dengan niat buruk dan merugikan diri sendiri. Menurut Imam al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka perkara kebajikan. justeru itu riak dapat disimpulkan sesuatu yang membahayakan kerana gejala ini bersarang di dalam hati tanpa diketahui oleh sesiapa melainkan Allah S. W T .Lantaran dapat membersihkan hati, jiwa, perasaan dan akhlak.

 

Weight 0.455 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in