Tafsiran Ayat-Ayat Yaa Ayyuhal-Laziina Aamanuu Jil 2 H.C.

RM56.00

Sheikh M. Abdul Athi Buhairi

Alih Bahasa : Nabilah Abd. Jalil

Di Semak Oleh : Dr. Muhammad Sabri Sahrir

Muka Surat: 642

Availability: In stock

SKU: 9789675115400 Categories: ,

Di dalam kitab suci al-Quran al-Karim, terdapat 89 tempat di mana ayat-ayatnya dimulakan dengan ungkapan ‘Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu…:Semuanya merangkumi 20 pelbagai surah-surah dalam al-Quran. Ayat seruan yang bermaksud ‘Wahai orang-orang yang beriman…’ini merupakan seruan dan ajakan khas oleh Allah S.W.T terhadap golongan yang beriman dengan-Nya. lbnu Mas’ud RA berkata:”Apabila kamu semua mendengar firman Allah S.W.T yang berbunyi Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu,’ maka dengarlah dengan teliti kerana padanya mengandungi kebaikan yang diperintahkan atau keburukan yang ditegah olehnye Ayat-ayat yang dimulakan oleh “Wahai orang-orang yang beriman” juga termasuk dalam kategori surah Madaniyyah iaitu merujuk kepada surah-surah yang diturunkan selepas peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah Munawwarah.

Buku ini mengumpulkan seruan-seruan tersebut dalam 2 jilid merangkumi pelbagai aspek dan hukum hakam yang berkaitan dengannya, serta huraiannya dengan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dimulakan oleh seruan ‘

Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu seperti tafsiran oleh ayat-ayat al-Quran yang lain, huraian hadis-hadis Rasulullah SAW, penjelasan oleh Sirah Nabawiyyah dan pengajaran yang dapat dipetik daripadanya. Seruan Allah S.W.T mengenai orang-orang yang beriman (mukmin) yang terdapat di dalam al-Quran ini adalah amat baik dan bermanfaat sekali jika kita dapat mengetahui, mempelajari, mendalami dan menghayati semua ayat-ayat tersebut dengan tujuan untuk memperkasakan keimanan, amal soleh dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sama-samalah kita bersungguh-sunguh memperbaiki diri dan mendekatkan diri kita kepada Allah dengan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Buku ini juga dipersembahkan dalam bahasa yang mudah difahami berserta contoh-contoh yang jelas dan terang, buku ini memang patut dibaca oleh sesiapa jua yang ingin lebih memahami ajaran Islam dan hikmah yang terkandung di dalamnya.

Weight 1.3 kg
Dimensions 7.25 × 10.25 in