Sistem Imun Manusia

RM15.00

Pengarang: Budi Santoso

Alih Bahasa : Norsheila Mohd. Yusof

Disemak Oleh : Dr. Mohd. Puzhi Usop

Muka Surat: 232

Availability: In stock

SKU: 9789670268415 Categories: ,

Tubuh manusia ini diciptakan dengan begitu unik dan penuh misteri. la terdiri daripada bahagian, sel-sel dan anggota-anggota yang mempunyai fungsi dan kelebihannya yang tersendiri. Bermula dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.

Tubuh manusia ini memiliki sistem pertahanannya yang tersendiri dan begitu lengkap. Bermula dari bahagian luar badan hinggalah ke sel-sel mikro yang mengalir di dalam badan. Sistem pertahanan ini berfungsi untuk melindungi badan daripada anasir-anasir tidak sihat.

Maka sistem imun manusia ini amat penting dalam mempengaruhi kesihatan dan kestabilan fizikal manusia itu sendiri. Buku ini mengupas topik berkenaan sistem imuniti manusia agar kita lebih memahami fungsi dan kelebihannya. Lebih penting lagi adalah agar kita dapat menjaga dan menguruskan sistem imuniti tubuh badan kita bagi menjamin kestabilan kesihatan sama ada mental atau fizikal.

Weight 0.15 kg
Dimensions 6 × 8 in