Setitik Air Mata Sejuta Makna

RM16.00

Penulis: Abul Fida’ Muhammad Izzad

Penterjemah: Suhaila binti Lukman

Disemak Oleh: Ust. Muhammad Sabri bin Sahrir

Muka Surat: 263

Availability: In stock

SKU: 9789675274602 Categories: ,

Amma Ba’du: Sesungguhnya hati yang keras, mata yang sukar untuk menitiskan air mata, jiwa yang degil ditambah emosi yang tinggi, perasaan yang hilang dari peredaran kawalan, dan akhlak-akhlak yang utama telah compang-camping, tidak akan mengecapi rasa nyaman, rasa kasih sayang dan ketenteraman. Justeru itu, yang ada adalah setiap orang akan mengatakan dengan lidahnya, “Diriku, diriku.” Dengan demikian, setiap orang dilanda perasaan tertekan kerana berhadapan dengan berbagai bencana, kenikmatan syahwat, kemewahan, harta, bebanan pekerjaan, anak-anak dan keturunan. Akibatnya, Islam menjadi agama yang dianggap asing (aneh).

Orang yang cuba memberikan sepenuh komitmen terhadap Islam dianggap penjahat. Orang yang baik suka akan kebajikan-kebajikan dan berusaha untuk mengerjakan amalan-amalan yang soleh akhirnya jatuh terperosok ke dalam hal-hal yang syubhat dan tercela. Ada yang menjadi pahlawan dan idolanya adalah wanita-wanita penari, model-model yang menipu pandangan mata, ahli muzik, penyanyi, para artis dan pemain bola sepak. Bahkan mereka itu adalah orang-orang yang disegani dan didekati. Sementara, para musuh agama ialah para penguasa dan para pemimpin.

Gelombang fitnah semakin menggelora dalam kehidupan, sehingga seorang yang berbudi pekerti berubah secara drastik menjadi orang yang bingung. Di situ dia bersendiri sambil melakukan muhasabah terhadap dirinya kerana kurangnya dalam beribadah kepada Allah dan beramal soleh, kelalaian dirinya dari mengingat Allah dan kerasnya hati. Di saat itu, dia menitiskan air mata kerana diselubungi rasa takut daripada murka Allah SWT. Sekaligus dia telah siap sedia bertemu Allah.

Weight 0.15 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in