Bertaubatlah Sekarang Sebelum Ia Terlalu Lewat

RM20.00

Pengarang : Muhammad Nabil Dhaif

Penterjemah : Nur Thairah Syamsuddin

Muka Surat: 321

Availability: In stock

SKU: 9789670465838 Categories: ,

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Al-‘Asr: 1-3)

Memetik intipati yang dijelaskan di dalam Surah Al-‘Asr itu, jelaskan menyatakan bahawa manusia ini sentiasa dalam keadaan yang rugi. Kecuali mereka yang dijelaskan kriterianya, iaitu beriman, mengerjakan amal soleh, saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Taubat merupakan salah satu amal soleh dan ibadat, maka amat rugilah mereka yang melalaikan taubat mereka. Apatah lagi sekiranya ada dalam kalangan orang yang melanggar perintah Allah ini tidak sempat bertaubat dan maut terlebih dahulu menjemputnya.

Maka apa yang kita tunggu-tunggu lagi bersegeralah menadah tangan memohon keampunan dan belas kasih Allah Yang Maha Pengampun, Pengasih lagi Maha Penyayang. Ini kerana kita tidak tahu bila ajal itu akan tiba. Semoga Allah akan sentiasa menerima taubat kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.

Weight 0.27 kg
Dimensions 5.5 × 8 in