Sahih Al-Lu’Lu’ Wal-Marjan H/C

RM98.00

Availability: In stock

SKU: 9789674392260 Categories: ,

Hadis Rasulullah SAW adalah rujukan utama yang kedua bagi umat Islam selepas Al-Quran Al-Karim. Sumber kedua dalam Islam itu kini telah banyak bercampur-aduk antara hadis dan bukan hadis. Maka, menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memastikan sumber hadis yang benar-benar sahih untuk diamalkan.

Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah dua tokoh yang sangat masyhur dalam dunia periwayatan hadis. Kedua-duanya mempunyai cara dan prinsip yang tersendiri dalam proses menerima dan meriwayatkan hadis Nabi SAW. Mereka terkenal dengan sikap teliti dan amanah dalam meneliti hadis serta sangat mementingkan sanad hadis daripada perawi-perawi yang adil dan dhabit. Selain itu, kedua-dua imam ini akan memastikan setiap hadis tidak syaz (lemah) dan tiada illah (kecacatan). Inilah yang dikatakan hadis sahih.

Sahih al-Lu’lu’ wal Marjan merupakan kitab rujukan muktabar yang menghimpunkan hadis yang paling tinggi tingkat kesahihannya iaitu hadis muttafaq ‘alaih (yang disepakati) daripada Imam Bukhari dan Muslim. Kitab ini sangat istimewa kerana telah menyatukan intisari berharga yang telah ditulis oleh dua imam masyhur iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim. Penulis telah menggabungkan teks hadis yang paling sesuai daripada dua kitab; Sahih Bukhari dan Sahih Muslim serta memuatkannya ke dalam satu kitab. Penyusunan hadis yang mengikut bab, pernomboran hadis yang sistematik serta takhrij hadis yang lengkap akan memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu dalam proses pembacaan, pemahaman dan membuat rujukan.

Mudah-mudahan buku ini dapat membantu kita dalam mengamal dan menjalani kehidupan seharian yang bertepatan dengan tuntutan Allah SWT dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Weight 1.53 kg
Dimensions 7.25 × 10.25 in