Sabda-Sabda Nabi Muhammad s.a.w.

RM5.00

Pengarang : Maulana Wahiduddin Khan

Terjemahan : Haji Hussein bin Zamburi

Editor : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop

Availability: In stock

SKU: 9789670267128 Categories: ,

Buku kecil yang mengandungi hadis-hadis pilihan daripada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. ihi adalah hadis-hadis yang telah disusun oleh Maulana Wahiduddin Khan, bertajuk “Words Of The Prophet Muhammad s.a.w., Selection From the Hadith”. Buku ini telah diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh Goodword Books Pvt. Ltd. New Delhi, India pada sejak 1997. Buku ini adalah berdasarkan daripada terbitan kali kelimanya pada tahun 2005. Setelah diteliti akan kesemua 157 buah hadis-hadis yang terkandung di dalam buku ini. kami merasakan adalah wajar ia diterjemahkan ke Bahasa Malaysia untuk tatapan umum di Malaysia pula. Hadis-hadis yang dikemukakan terbahagi kepada tajuk-tajuk seperti berikut:

I. Keimanan dan Jihad

2. Solat dan Taubat

3. Puasa

4. Zakat

5. Haji, Umrah dan Jihad

6. Memohon kepada Allah

7. Hari Pembalasan

8. Percakapan yang disukai Tuhan

9. Keangkuhan

10. Bacaan Al-Quran

11. Di Akhirat

12. Perhatian Berat Terhadap Ibu Bapa

13. Kejiranan

14. Rasuah

15 . Dalam Majlis

16 . Terhadap Bukan Islam

17 . Para Suami

18 . Para Isteri

19 . Persaudaraan Islam

20 . Melawat Yang Sakit

21 . Pemberian Orang

22 . Perkahwinan<

23 . Pemiagaan

24 . Pemberi Hutang

25 . Amanah Orang

26. Berkat Bercucuk Tanam

27. Menyimpan Rahsia

28 Berkaitan Dengan Nabi s.a.w. dan lain-lain lagi.

Kesemua hadis-hadis ini mempunyai rujukannya seperti daripada Imam al-Bukhary. Muslim, Ahmad ibn Hambal, At-Tirmidzi, At-Thabrani dan lain-lainnya yang bersumberkan daripada Abu Hurayrah r.a., Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Abu Ayyub Al-Ansari r.a., Abdullah bin Umar r.a., Ali Thalib r.a. dan sebagainya.

Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, diharap kesemua hadis-hadis ini dapat memberikan banyak faedah di samping ianya mudah dijadikan bahan rujukan pantas untuk para Muslimin semuanya.

Weight 0.295 kg
Dimensions 5.75 × 8 in