“Terbina Islam itu di atas lima perkara: Bersyahadah (bersaksi) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadan.” (hadis riwayat al-Bukhari)
Solat itu adalah tiang agama. Jika solat itu wajib maka belajar dan mengajarnya pun sama. Buku panduan solat ini adalah salah satu medium untuk belajar dan mengajar solat. Semoga dengan panduan ini kita akan sentiasa menegakkan dan menjaga tiang agama Islam.