Renungan Buat Mereka Yang Meninggalkan Solat Kerana Malas

RM16.00

Availability: In stock

SKU: 9789674390860 Categories: ,

“Amal perbuatan yang pertama sekali yang akan dihisab daripada seorang hamba pada hari Kiamat kelak adalah solatnya…” (Riwayat Ibnu Majah)

Solat fardu itu wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam baik lelaki mahupun perempuan. Solat fardu 5 waktu yang dilaksanakan dalam sehari semalam juga merupakan rukun Islam yang kedua.

Ia disyariatkan bukanlah tanpa maksud dan tujuan. Bagi mereka yang telah mengerjakan solat dengan sempurna, Allah SWT telah menjanjikan manfaat dan kenikmatan yang luar biasa besarnya, baik di dunia mahu pun di akhirat kelak. Namun bagi mereka yang malas ataupun sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya Allah SWT telah menyediakan azab dan ancaman ‘yang amat pedih’.

Tahukah anda, apakah azab dan ancaman Allah SWT bagi mereka yang malas mengerjakan solat itu? Semua ini dirangkumkan di dalam buku ini. Semoga pencerahan ini dapat kita manfaatkan untuk diri kita sendiri dan kita kongsikan bersama mereka yang kita kenali dan sayangi. Semoga kita semua diberikan keteguhan hati untuk melaksanakan ibadah fardu dengan penuh ikhlas dan kesungguhan demi meraih keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Weight 0.2 kg
Dimensions 6 × 9 in