Pidato Iblis Di Pentas Neraka Dedah Rahsia – Bila Kiamat

RM8.00

Penulis : Abdullah Al-Qari b. Hj.Salleh (A.Q.HA.S.)

Muka Surat: 82

Availability: In stock

SKU: 9789673681228 Categories: ,

Iblis dengan angkuhnya menjawab: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada, manusia yang Engkau telah ciptakannya daripada tanah liat yang kering (yang berasa)l daripada lumpur hitam yang diberi bentuk.” (Al-Hijr: 33)

Iblis memandang dirinya lebih mulia daripada Adam yang diciptakan Allah daripada tanah liat. Disebabkan sikap angkuh dan sombongnya, iblis sanggup menentang perintah Allah untuk bersujud. Malah iblis meminta kepada Allah untuk terus kekal hingga Hari Kiamat dan menggoda manusia ke jalan yang dimurkai Allah.

Begitulah keangkuhan iblis yang menjadikan ia penghuni neraka yang kekal. Di mana pengikutnya adalah mereka yang ingkar dan tidak patuh kepada perintah Allah S.W.T. Iblis sebenarnya tahu tentang kebenaran Hari Kiamat, pembalasan syurga dan neraka, tetapi sifatnya yang pembohong, memungkiri janji dan menabur janji-janji palsu amat terserlah. Namun manusia masih tertipu dengan tipu dayanya.

Buku ini menukilkan tentang tipu helah dan pembohongan iblis yang akhirnya menjerumuskan ramai manusia ke jurang neraka yang amat panas dan pedih seksaannya. Semoga dengan hadirnya buku ini menjadi peringatan kepada kita tentang tipu daya dan godaan iblis serta menjauhkan kita daripada terjerumus ke lembahnya yang hina.

Weight 0.5 kg
Dimensions 5.5 × 8 in