Pengaruh Surah Yaasin Terhadap Ketamadunan Islam

RM15.00

Disusun Oleh : Nahl Rahman

Disemak Oleh: Dr.Mohd Puzhi Usop

Muka Surat: 229

Availability: In stock

SKU: 9789675115394 Categories: ,

Surah Yaasin merupakan surah yang paling masyhur di kalangan penduduk Islam Malaysia. Boleh dikatakan hampir setiap masjid di negara ini menganjurkan majlis bacaan Yaasin pada malam jumaat. Walaupun ia bukanlah satu sunnah, namun boleh dikatakan ia sebagai adat yang baik terutamanya bagi umat Islam di Malaysia yang memerlukan praktikal ibadah dan bacaan Al-Quran secara berkumpulan untuk tujuan pendidikan. Walaubagaimanapun, adalah lebih mulia jika diselang selikan dengan bacaan surah-surah lain yang juga mempunyai fadilat-fadilat yang tersendiri seperti surah al-Mulk, surah al-Waqiah, surah al-Rahman dan lain-lain lagi.

Sebelum membicarakan tentang surah Yaasin secara khusus, penulis terlebih dahulu membicarakan beberapa topik lain yang ada hubung kait dengan Surah Yaasin.

Semoga buku ini dapat memberi menfaat kepada para pembaca dan sebaik-baiknya kita sampaikan ilmu-ilmu yang terkandung dalam buku ini kepada orang lain. Kami juga berdoa agar buku ini diberkati Allah SWT.

Weight 0.24 kg
Dimensions 7 × 9 in