Pelaksanaan Ibadat Bersuci, Solat dan Puasa Bagi Orang Yg Uzur Syarie

RM16.00

Pengarang : Mohd Allnurulhuda bin Ghazali Al-Madani & Prof Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Muka Surat: 213

Availability: In stock

SKU: 9789674390365 Categories: ,

Masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam sekarang tidak begitu jelas tentang kewajiban ibadah semasa berada dalam keuzuran syarie. Malah ada yang terus meninggalkan ibadah fardu kerana disebabkan keuzuran yang mereka hadapi, sedangkan ibadah fardu seperti solat fardu itu wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan yang membolehkan bersolat seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis.

Maka adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap muslim untuk wajib menunaikan ibadat yang difardukan ke atas mereka sebagai mematuhi perintah Allah s.w.t terhadap hambanya yang mukallaf. Ibadat yang ditunaikan hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut kemampuan masing-masing tanpa ada alasan untuk tidak melakukannya walaupun berada dalam situasi uzur, sakit, cedera dan sebagainya. Sebagai contoh, segelintir pesakit yang berada di wad-wad hospital tidak menunaikan solat, dengan alasan tidak tahu cara-cara bersuci dan solat bagi pesakit. Sedangkan dalam syarak telah wujud tatacara bersuci dan solat bagi orang yang uzur atau sakit boleh dijadikan panduan atau rujukan.

Sehubungan dengan itu, buku ini dihasilkan bagi member panduan dan rujukan umum kepada masyarakat khususnya bagi orang yang uzur atau sakit untuk menunaikan ibadat. Moga-moga dengan pencerahan dan penjelasan yang disampaikan di dalam buku dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Weight 0.15 kg
Dimensions 6 × 8 in