Nilai-Nilai Moral Dalam Al-Quran

RM13.00

Pengarang : Harun Yahya

Penterjemah : Rose Iniyanti Saidin

Muka Surat : 198

Availability: In stock

SKU: 9789675115660 Categories: ,

Kehidupan manusia pada hari ini apabila dikaji berdasarkan nilai¬nilai moral dalam al-Qur’an sungguh amat jauh terpuruk sekiranya ia dibandingkan dengan kehidupan para sahabat generasi pertama didikan Rasulullah S.A.W. Perbezaan ini sungguh amat ketara, sehingga ia dibaratkan sepertimana bumi dengan bintang di langit.

Penanaman nilai-nilai moral ke atas generasi pertama ini adalah sepenuhnya menjiwai apa yang ada di dalam al-Quran. Mereka memandang al-Qur’an adalah segala-galanya, ia bukan sekadar benda keramat untuk dipertontonkan namun ia merupakan tuntunan hidup yang patut dibaca, dikaji dan diamalkan dalam kehidupan hari-hari.

Nilai-nilai itu sekarang telah pun bertukar dari benak manusia, tuntunan (al¬Quran) dianggapnya sebagai satu barang tontonan, sebaliknya tontonan sepertimana tayangan television, wayang telah dianggap dan diutamakan untuk dijadikan sebagai tuntunan yang layak untuk diamalkan dalam kehidupan.

Pergeseran nilai-nilai itu sungguh amat ketara kehidupan masyarakat pada umumnya, orang-orang yang istiqamah dalam solat berjamaah, berpuasa serta mengamalkan sunnah Nabi dan berendah diri dicuriagai bahkan dianggap pelik dan terbelakang. Sedangkan mereka yang sentiasa pergi ke tempat maksiat, disko, night clup, pelacuran dikatakan bahawa itu adalah perkara biasa tidak perlu segan silu dan rasa malu, kerana ia mengikut perkembangan zaman dan sesuai dengan budaya moden.

Buku yang ada dihadapan pembaca ini telah membincangkan nilai-nilai moral mengikut al-Qur’an. Banyak perkara penting yang perlu dibaca dan difahami agar dalam melakukan hubungan kepada Allah Swt dan bergaul dengan sesama manusia dapat terjalin sepertimana yang diajarkan oleh al-Qur’an.

Weight 0.23 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in