Rukun Islam Secara Logik

RM16.00

Pengarang: Imam Musbikin

Penterjemah : Hamieza Abdulllah

Penyunting : Dr. Mohd. Puzhi Yusop

Muka Surat: 286

Availability: In stock

SKU: 9789670267173 Categories: ,

Setiap muslim dan muslimah yakin sepenuh hati bahawa Islamlah yang akan membawa mereka mencapai maqam kehidupan yang bahagia, berjaya dan sejahtera di dunia dan apatah lagi akhirat. Hanya dengan mengamalkan 5 rukun Islam (syahadah, solat, zakat, puasa dan haji) nescaya mereka telah menjadi manusia yang kaffah.

Tetapi realitinya mengapa majoriti muslim/muslimah masih terbelenggu di dalam kesengsaraan, penderitaan dan penyakit hati atau jiwa? Jauh daripada maqam kebahagiaan dan kesejahteraan hidup?

Inilah pokok perbahasan buku ini. Membaca buku ini, anda akan menemukan berbagai macam jawapan daripada pertanyaan-pertanyaan asas berkenaan rahsia spiritual, psikologi dan fizikal di sebalik rukun Islam. Mengapa manusia perlu mengikrarkan kalimah syahadah? Mengapa orang yang menjalankan solat dengan ikhlas dan khusyuk akan menjadi sihat jiwa dan raganya? Apakah pengaruh zakat bagi kesihatan fizikal dan psikologi? Hikmah apakah yang boleh diperoleh bagi para pengamal puasa? Dan mengapa ada orang yang sakit-sakit atau menderita sesuatu penyakit yang tidak kunjung sembuhnya, tetapi setelah mengerjakan haji terus sembuh dan sihat walafiat?

Temui jawapannya di dalam buku yang bukan hanya memahami rukun Islam secara teks sahaja tetapi lebih kepada penggalian rahsia manfaat, keajaiban dan kekuatan di sebalik rukun Islam daripada sudut pandang ketenteraman dan kesihatan dari segi psikologi dan fizikal manusia.

Sebuah tulisan yang akan menghentakkan ambang batas logik anda selama ini tentang rukun Islam!

Weight 0.21 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in