Menjadi Kekasih Allah S/C

RM38.00

Penulis : Al-Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani

Penterjemah: Akmal Hj. Mohd. Zain

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Cetakan: 2020

Muka Surat: 653

Out of stock

SKU: 9789830999456 Categories: ,

Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir yang lebih dikenali dengan nama Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani adalah salah seorang daripada keturunan Rasullah S.A.W melalui puteri baginda Siti Fatimah Az-Zahra. Salasilah beliau ialah Abu Muhammad Abdul Qadir bin Abi Shalih Musa bin Abdillah Al-Jiliy bin Yahya Al-Zahid bin Muhammad bin Daud bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Beliau merupakan seorang ahli tasawuf yang tidak, asing lagi dalam dunia Islam. Hasil tulisan dan buah fikiran beliau tentang ketuhanan dan tasawuf mendapat perhatian dan menjadi kajian dan rujukan cendiakiawan timur mahupun barat.

Buku ini menghimpunkan beberapa pengajaran. fatwa, wasiat dan nasihat beliau berkenaan dengan sikap kerohanian, khususnya kepada murid-murid beliau dan umumnya kepada seluruh kaum muslimin.

Walaupun fatwa dan nasihat ini telah beliau sampaikan lebih kurang 900 tahun yang lalu, namun pengisian don kandunganya tetap relevan dan sesuai dengan masa kita sekarang ini. Tidak ada istilah ketinggalan zaman atau tamat tempoh untuk pengisian yang penuh dan padat dengan ilmu serta nasihat yang amat berguna ini. la amat berguna untuk dijadikan panduan oleh semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan tugas dan tangungjawab mereka selaku pembawa amanah dan hamba Allah di permukaan bumi Ini. Terutama sekali dalam menundukkan pengaruh nafsu dan syaitan terhadap diri manusia dan dalam usaha kita mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Weight 1.09 kg
Dimensions 8 × 10 in