Lelaki-Lelaki Hebat Di Sekeliling Rasulullah SAW Jil 1 H/C

RM89.00

Penulis : Mahmud al-Misri

Penterjemah : Abdul Rachman Saleh Siregar M.A.

Editor : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop, Ust. Muhammad Salman bin Jonid (UM)

Muka Surat: 689

Availability: In stock

SKU: 9789673682027 Categories: ,

Sebaik-baik ikutan dan teladan dalam hidup ini adalah para rasul dan mursalin terutamanya junjungan besar Muhammad S.A.W. Setiap para nabi dan Rasul ini mempunyai pengikut dan penolongnya. Adapun pengikut dan pembantu Nabi Besar Muhammad S.A.W. yang setia dalam memperjuangkan keunggulan dan keindahan Islam adalah “Lelaki-Lelaki Yang Hebat Di Sekeliling Rasulullah S.A.W.”

Dua jilid buku ini memaparkan kecintaan tokoh-tokoh hebat sepanjang zaman kepada Islam yang menjadi sebutan bukan sekadar penduduk bumi malah juga mendapat pujian daripada penduduk langit. Telusuri perjalanan kisah para sahabat Nabi S.A.W. yang hebat ini, bayangkan seolah-olah kita hidup bersama mereka walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita. Contohi teladan mereka, kecintaan mereka kepada Islam, perjuangan mereka mendaulatkan Islam hingga ke seluruh pelosok dunia. Bermula dakwah mereka di bumi Mekah yang gersang dan berkembang luas hingga meruntuhkan dua empayar besar pada zamannya iaitu Rom dan Parsi dan hinggalah ke hari ini Islam diterima di setiap pelusuk dunia.

Tokoh-tokoh besar seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan, Ali bin Abi Talib dan ramai lagi dinyatakan kehidupan dan kecintaan mereka kepada Islam. Bukti-bukti kecintaan dirakamkan dalam buku ini bersandarkan daripada penulisan ulama-ulama Islam sepanjang zaman. Kita akan melalui pengalaman kerohanian yang realistik bagaimana lelaki-lelaki hebat ini menjual diri-diri mereka untuk mencapai keredaan Allah yang Maha Kuasa. Peribadi-peribadi yang wajar menjadi ikutan dan suri teladan bagi umat sepanjang zaman.

Weight 1.52 kg
Dimensions 9 × 11 in