Sirah Muhammad H/C

RM50.00

Availability: In stock

SKU: 9789830993690 Categories: ,

Buku-buku yang berkaitan dengan sejarah Rasulullah SAW telah dimulakan sejak awal kurunĀ  Hijiriah sehingga hari ini, melalui pendekatan yang berbeza mengikut tututan zaman penulis dan penyusun masing-masing. Oleh kerana sejarah atau sirah Rasulullah SAW sentiasa relevan dengan peredaran waktu dan masa maka hubung kaitnya dengan kehidupan ummah amat rapat, dan tidak boleh dipisahkan dengan apa cara sekalipun.

Usaha penulis dan penyusun sirah rasulullah harus diteruskan dari semasa ke semasa agar ingatan dan kasih sayang kepada Rasulullah SAW sentiasa segar, disamping kesedaran hakikat kebenaran risalah yang dibawa begitu terserlah keunggulannya melalui pemahaman dan penghayatan yang tersirat disebalik sirah Rasulullah SAW.

“Sirah Muhammad Rasulullah SAW” ini ditulis-susun ketika dunia Islam berhadapan era globalisasi dunia yang mencabar jadi bagaiman risalah Muhammad Rasulllah SAW mengharunginya? Islam begitu disegani dipertengahan alaf yang lalu sepanjang 13 Abad lamanya; akan tetapi apakah punca kelemahannya diakhir-akhir ini? Inilah persoalan yang tersirat di hati ummah, dengan perdebatan dan perbicarannya menjadi topik persidangan dikalangan pemimpin dan Negara Islam namun hasilnya menjadi catetan sejarah. Apapun jua, kesedaran harus dipelihara dan dipertingkatkan melalui cara-cara yang terupaya maka “Sirah Muhammad Rasulullah SAW” ini merupakan iktibar yang dapat memenuhi tanggungjawab tersebut.

Weight 1.1 kg
Dimensions 6 × 8 in