Larangan dan Perintah Dalam Solat Tahajjud

RM16.00

Availability: In stock

SKU: 9789674391072 Categories: ,

Apa diperkatakan tentang ibadah malam atau qiamullail pasti ia tidak dapat dipisahkan dengan Solat Tahajjud. Ini disebabkan solat sunat ini merupakan inti utama dalam pelaksanaan ibadah malam. Istimewanya Solat Tahajjud ini hanya boleh dilaksanakan pada waktu malam, sebaik-baiknya di sepertiga malam.

Dengan pendedahan ilmu yang dibicarakan di majlis ilmu dan juga terdapat bahan-bahan bacaan berkenaan Solat Tahajjud, sudah tentu ramai yang mengetahui cara pelaksanaannya. Namun masih ramai juga yang tidak mengetahui secara lebih mendalam. Untuk merasai nikmat pelaksanaan Solat Tahajjud ini apa kata kita tambahkan pengetahuan tentang solat sunat yang istimewa ini.

Buku ini amat sesuai untuk tujuan itu kerana membahas tentang pelaksaan solat sunat ini dan juga memberikan pencerahan tentang larangan dan perintah yang perlu kita ikuti dalam mengerjakan solat sunat ini. Semoga dengan perkongsian ini memberikan kita suntikan semangat untuk mendirikan waktu malam kita dengan ibadah sunat demi untuk meraih keredaan Ilahi.

Weight 0.2 kg
Dimensions 6 × 8.5 in