Kisah-Kisah Para Nabi & Rasul Jil 3

RM12.00

Disusun Oleh : Abdullah bin Ahmad Mubarak

Muka Surat: 239

Availability: In stock

SKU: 9789830991870 Categories: ,

Tidak diutuskan para nabi dan rasul itu melainkan untuk mengajak seluruh manusia menyembah Allah s.w.t dan mendaulatkan hukum-hukumNya di dalam semua bidang dan lapangan kehidupan.

Ertinya, tugas nabi dan rasul adalah cukup besar dan mencabar dalam usaha mereka menyampaikan risalah Allah s.w.t. ke tengah masyarakat jahiliah. Berbagai bentuk ancaman, ugutan dan fitnah yang dihadapi oleh para nabi dan rasul dari golongan penentang yang terdiri daripada pemimpin puak dan kaum jahiliah.

Dengan bekalan iman dan sifat sabar, para nabi dan rasul akhirnya berjaya meletakkan agama Allah s.w.t. keharibaan kaum dan puak sejak umat di zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke hari ini.

Ini semua dapat ditelaah bersama dan mengambil iktibar melalui pembacaan buku ini. Seramai 25 kisah para nabi dan rasul yang wajib diketahui telah dimuatkan di dalam buku ini. lkutilah kisah perjuangan dan pengorbanan mereka yang sewajarnya menjadi aspirasi kepada kita untuk membangunkan kehidupan orang bertakwa di maya pada ini.

Weight 0.18 kg
Dimensions 6 × 8 in