Kisah Kerasulan Nabi Muhammad SAW

RM35.00

Pengarang : Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Diterjemah Oleh : Murtadho Ridwan

Penyunting/Editor : Noraine Abu

Muka Surat: 493

Availability: In stock

SKU: 9789830997179 Categories: ,

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah mahkota dan perisai serta petunjuk sejarah bagi perjalanan kemanusiaan. Baginda merupakan contoh yang sangat tinggi bagi semesta alam, teladan yang baik bagi manusia serta merupakan imam yang sangat agung. Baginda juga merupakan sebagai ikutan yang sangat sesuai, contoh yang sangat bijaksana serta sebagai qiblat bagi hati mu’min. Ajaran yang disampaikan merangkumi semua keadilan. Dengan wujudnya Baginda, Allah SWT telah menyelamatkan semua makhluk dari segala kerosakan, menjauhkan mereka dari segala kebinasaan dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kesesatan) menuju kepada cahaya (hidayah). Semoga Allah SWT selalu melimpahkan selawat dan salamNya kepada baginda selama nafas masih berhembus, angin masih bertiup, hujan masih tercurah, cahaya masih bersinar, kilat masih berkilau dan selama petir masih menyambar.

Ini merupakan riwayat daripada kisah yang agung yang selalu dinukil oleh para perawi, disiarkan oleh akhbar dan selalu dibicarakan setiap bibir. Sekarang kisah tersebut telah berada di hadapan anda dengan bentuk yang lebih cantik dan menarik. Ia merupakan kisah yang paling agung untuk dijadikan teladan dan diikuti jika anda membenarkannya. Pernyataan tersebut adalah sebagaimana maksud firman Allah SWT di dalam surah Al-Ahzab ayat 21:

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) dari qiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Semoga Allah selalu memberikan taufiq dan pertolongan-Nya kepada kita sehingga kita dapat berjalan mengikut manhaj NabiNya. Semoga Allah SWT mengumpulkan kita (esok di hari qiamat) bersama golongan Baginda (Muhammad) dan menggabungkan kita bersamany dia syurgaNya.

Weight 0.73 kg
Dimensions 8 × 10 in