Ketika Ibu Telah Tiada

RM16.00

Penulis: Thoriq Aziz

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 156

Availability: In stock

SKU: 9789674393397 Categories: ,

Bagi seorang anak, ibu adalah malaikat pertamanya di dunia. Al-Quran yang kaya dengan makna telah menggandingkan perkataan ibu dengan beberapa tempat suci dan mulia seperti Makkah dan Lauh Al-Mahfudz. Perkara ini sungguh mengundang kekaguman diri terhadap insan bergelar ibu kita sebenarnya. Betapa mulianya seorang ibu, jika Al-Quran pun meminjam perkataan ummu dan walidat (ibu) sebagai merujuk pada beberapa tempat yang mulia. Ini mengajak kita agar merenungkan lebih dalam hikmah yang dapat kita petik daripada penggunaan perkataan ‘ibu’ itu. Ia menunjukkan bahawa Al-Quran bukan main-main dengan menggunakan istilah tersebut, yang jelas Al-Quran menyatakan keagungan perkataan ummu sebagaimana menisbatkannya untuk merujuk pada kedua tempat suci itu iaitu Makkah dan Lauh Al-Mahfudz.

Buku ini merupakan sebuah karya gabungan antara luahan hati seorang anak yang telah kehilangan ibunya dan pesanan berharga bagi pembacanya. Bagi pembaca yang mengalami keadaan yang sama (kehilangan malaikat bernama ibu), buku ini dapat menjadi penglipur lara. Buku ini menenangkan mereka yang bernasib sama, membuat mereka merasa bahawa mereka tidak sendirian. Sementara bagi mereka yang masih memiliki ibu, buku ini mengingatkan kembali sungguh betapa berharganya kehadiran seorang ibu.

Weight 0.19 kg
Dimensions 6 × 0.3 × 8 in