Keajaiban Tanaman Merunggai Dalam Mengubati Diabetes

RM12.00

Pengarang : Adi D.Tilong

Alih Bahasa : Nur Thairah Syamsuddin

Di Semak Oleh : Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 166

Availability: In stock

SKU: 9789670268767 Categories: ,

Kelur ataupun munggai, remunggai dan sering dikenali sebagai drumsticks (Moringa oleifera) bukanlah hanya tanaman biasa yang dapat dimakan. Tumbuhan yang juga sering dipercayai sebagai penangkis ilmu hitam ini juga rupanya sangat mujarab untuk menakluki diabetes, penyakit boleh membawa maut yang kini amat ditakuti oleh masyarakat. Kandungan vitamin dalam daun segarnya saja sama dengan tujuh kali vitamin C dalam limau, empat kali vitamin A dalam lobak merah, empat kali kalsium dalam susu, tiga kali kalium dalam pisang, dua kali protein dalam yogurt dan tiga perempat kali zat besi dalam bayam. Luar biasa, bukan?

Lalu, bagaimana cara mengolah tanaman ini menjadi ramuan mujarab? Bahagian manakah dari tanaman ini yang boleh dimanfaatkan sebagai ubat?

Untuk itulah buku ini hadir ke hadapan para pembaca sekalian. Dengan bahasa yang mudah dan ringkas, buku ini mengupas segala perkara berkenaan kelur dan manfaatnya sebagai tanaman ubat, mulai dari akar, buku, buah, bunga dan getah, daun hinggalah ke kulit batang. Tata cara membuatkan racikan ubat mujarab daripada kelur ini juga disajikan secara terperinci dalam buku ini.

Jadi, tunggu apa lagi? Bacalah buku ini dan nikmatilah sejuta manfaat kelur bagi kesihatan anda!

Penyakit yang boleh diubati dengan kelur:

  • Penyakit jantung
  • Kolesterol tinggi
  • Epilepsi (sawan)
  • Beri-beri
  • Asma dan Batuk
  • Alahan (alergi)
  • Luka Bernanah/Abses
  • Rabun Ayam
  • Reumatik, Ngilu dan Kekejangan
  • Sakit Kuning (Hati)
Weight 0.21 kg
Dimensions 5.5 × 8 in