Kamu, Apa Yang Kamu Makan (The Islamic Guide)

RM9.90

Penulis: Ummu ‘Abdillah

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Cetakan Pertaman: 2021

Muka Surat : 112

Availability: In stock

SKU: 9789673683192 Categories: ,

“Hidup untuk makan atau makan untuk hidup?”

Banyak penyakit berpunca dari perut. Kurang makan boleh mendatangkan penyakit apatah lagi kalau terlebih makan. Sekarang pelbagai jenis penyakit yang timbul disebabkan oleh sikap kurangnya pengawalan dari segi pemakanan atau diet. Lebih merisaukan lagi ada bahan yang memudaratkan digunakan dalam penanaman dan pemprosesan bahan makan yang boleh mengakibatkan pelbagai risiko penyakit.

Rasulullah SAW mengamalkan gaya hidup yang sederhana, malah dalam soal makan dan minum juga baginda mempraktikkan cara yang sederhana. Selain dari cara pemakanan yang sihat, aktiviti pergerakan atau senaman juga sering baginda amalkan bagi memberi keseimbangan kepada tubuh badan, fizikal mahupun mental. Contoh senaman terbaik yang ditunjukkan oleh Nabi Muhaamd SAW ialah slat. Ia merupakan senaman fizikal dan minda yang begitu hebat kesannya.

Nabi SAW amat mengutamakan kualiti makanan atau minuman, cara atau adab pengambilannya serta jumlah atau kuantiti yang sesuai untuk kita. Selain itu adab yang melibatkan kerohanian juga ditekan dalam pengambilan makanan atau diet. Hasil yang kita masukkan ke dalam bahan itu adalah yang bersih, berkhasiat dan halal. Ini adalah keindahan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan kita semua.

Weight 0.1 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in