Jangan Sampai Ada dan Tiadamu Di Dunia Ini Tidak Ada Bezanya

RM15.00

Penulis: Ahmad Rifa’i Rif’an

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 158

Availability: In stock

SKU: 9789674393458 Categories: ,

Jangan sesekali mahu menjadi orang yang biasa sahaja, kerana penduduk bumi terlalu ramai. Dunia hanya memperhatikan golongan orang yang bukan biasa. Dunia tidak memiliki masa memperhatikan orang yang hidupnya biasa sahaja.

Terdapat berjuta-juta manusia yang hidup dalam satu generasi. Tetapi hanya ada segelintir sahaja orang yang namanya kemudian muncul menjadi bintang. Sementara sebahagian besar yang lainnya terpaksa mengikut alur hidupnya amat sederhana: lahir, hidup beberapa ketika, kemudian meninggalkan dunia tanpa ada sedikit pun jejak sejarah yang layak dikenang generasi setelahnya.

Jadilah manusia yang kehadirannya sentiasa dinanti, diperlukan, dicintai dan disayangi oleh orang di sekelilingnya. Manusia yang kehadirannya amat didambakan, sentiasa ditunggu kedatangannya, ditangisi pemergiannya dan apabila pergi meninggalkan rasa sedih di dalam kalbu.

Jangan sampai ada dan tiadanya dirimu di dunia ini tidak ada bezanya. Ukir namamu di pentas sejarah.

Weight 0.19 kg
Dimensions 6 × 0.4 × 8 in