Imam Nawawi Permata Dari Kota Damsyiq

RM7.00

Availability: In stock

SKU: 9789675274930 Categories: ,

Tidak ramai yang mengenali Imam Nawawi rahimatullah terutamanya golongan awam. Hanya segelintir dari kita yang mengenali beliau. Kita lebih mengenali pelakon hollywood dan bollywood daripada para ulama Islam yang telah banyak memberi sumbangan terhadap kesinambungan ajaran Islam. Pihak media elektronik khususnya kurang memaparkan program-program yang berkaitan dengan para cendekiawan Islam. Penaja-penaja rancangan keagamaan juga sukar didapati.

Mujurlah ada media cetak yang sejak dahulu, kini dan insyAllah seterusnya, tidak jemu-jemu menerbitkan bahan-bahan yang berkaitan dengan keagamaan kepada umat Islam. Apa yang kita mahu, buku-buku tersebut dibaca, dikaji dan dihayati oleh umat Islam dan bukan Islam. Para pendakwah Islam juga perlu menyelami keperibadian ulama salaf dan khalaf. Lihatlah kezuhudan dan keikhlasan mereka ketika menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Kita ingin melihat lahirnya ulama terkemuka seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali.

Marilah kita sama-sama menghayati buku “IMAM NAWAWI PERMATA DARI KOTA DAMSYIQ” ini untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Semoga dengan membaca buku ini, kita akan terangsang untuk mencontohi keperibadian beliau seterusnya meneruskan usaha beliau menyebarkan dakwah Islam.

Weight 0.21 kg
Dimensions 6 × 8 in