Seseorang (yang beriman)mestilah bersikap waspada dan diri (dari sekarang), maka dapalah disediakan persiapan dan menyiapkan diri untuk menghadapi Mauqif atau Padang, Mahsyar (Perhimpunan yang diarah dan dikawal) dengan keimanan yang, mendalam, amalan yang shaalih dan niat yang ikhlas.
Adalah wajar sekali seseorang, memikirkan Hari Kebangkitan dan Hari Hisab (Perhitungan ‘Amalan), memikirkan Ash-Shiraat (Titian ke Syurga), Neraca ‘Amalan (Al-Miizaan), Syafaa’ah (Pertolongan Membela) dan sebagainya agar terjelas kepadanya perkara dihadapi: sama ada dia syurga yang luasnya (bagi setiap orang) seluas langit dan bumi disediakan bagi para solihin dan muttaqin; ataupun dia akan ke Neraka, di mana dia disediakan untuk orang-orang Kafir.</div>
Diharapkan risalah kecil ini dapat memberi sumbangan dalam merangsangkan bani Adam untuk kembali kepada kebakan menuju ke jalan yang benar (haq) dan petunjuk.