Hukum dan Ancaman Rasuah Terhadap Masyarakat & Negara

RM10.00

Pengarang : Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (A.Q.HA.S.)

Muka Surat : 108

Availability: In stock

SKU: 9789830995779 Categories: ,

Rasuah merupakan satu budaya yang amat keji dalam kehidupan. Ia bukan sahaja merosak individu, bahkan tatanan bermasyarakat, bernegara akan menjadi hancur kerananya. Sehingga mereka yang mengamalkan tradisi ini sama ada pemberi rasuah, penerima rasuah, secara tegas telah diberi jaminan oleh agama bahawa tempat mereka tidak lain ialah neraka.

Banyak istilah yang digunakan untuk mengganti perkataan rasuah, di antaranya iaitu tumbuk rusuk, duit kopi, air teh, duit poket dan lain macam kalimat di mana kesemuanya ini merupakan hadiah atau pemberian bersyarat bagi mendapat pertolongan atau pun kemudahan.

Buku ini telah membentangkan perkara-perkara yang berhubung erat dalam masalah rasuah secara menyeluruh. Penjelasan mengenai dalil rasuah, hukumnya serta praktikal dalam kehidupan sehari-hari juga perkembangannya di masa kini telah dijelaskan dengan huraian yang mudah. Selamat membaca semoga berjaya…

Weight 0.345 kg
Dimensions 5.5 × 8.5 in