Fikih Dakwah Kepentingan Tauhid dalam Hidup Manusia

RM35.00

Pengarang: Sayyid Quthb

Alih Bahasa : Norsheilla Mohd. Yusof

Di Semak Oleh : Panel Editor Al- Hidayah

Muka Surat: 437

Availability: In stock

SKU: 9789670465661 Categories: ,

As-Syahid Sayyid Quthb adalah salah seorang tokoh Islam kontemporari yang sangat dikenali di seluruh dunia. Sumbangan dan buah fikiran yang beliau berikan kepada generasi muda Islam sekarang begitu besar. Lebih-lebih kini dalam keadaan umat Islam yang semakin dihimpit oleh pclbagai cabaran dan dugaan yang begitu kompleks dan canggih. Seiring dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi yang menjadikan dunia maklumat semakin terbuka dan tidak bersempadan. Idea dan buah fikiran yang Sayyid Quthb terjemahkan mcmberikan inspirasi kepada generasi kini khususnya di zaman digital dan teknologi ini.

Walaupun perjalanan untuk merealisasikan idea tersebut penuh dengan ranjau dan rintangan. Sehingga menyaksikan beliau telah meringkuk di dalam penjara dan akhirnya syahid dalam menegakkan Islam. Walaupun di kelilingi oleh tembok penjara dan jeriji besi, hasil buah fikiran yang dikurniakan Allah telah beliau catatkan dengan mata penanya yang tidak berheti menari menukilkan kesegaran tentang Islam dan dakwahnya kepada semua.

Terdapat beberapa tulisan yang beliau telah karang semasa beliau sedang dipenjarakan. Naskhah ini merupakan hasil karangan beliau yang telah dikumpulkan dari penjara tempat beliau dikurung, ia telah disusun mengikut bab tertentu oleh Ahmad Hassan. Dan diberi tajuk k ‘Fiqhud-Da’wah : Maudhu’at fi ad-Da’wah wal Harakah’ berdasarkan huraian dan pencerahan yang dicatatkan di dalam helaian tulisan Sayyid Quthb.

Semoga dengan usaha penulis dan juga kegigihan penyusunnya, generasi kini mendapat manfaat ilmu yang berguna, yang boleh dikerahkan untuk memartabatkan Islam dan dakwahnya.

Weight 0.425 kg
Dimensions 7 × 9 in