Fathul Qarib Al-Mujib Fi Syarhi Alfaz At-Taqrib (Feqah Lengkap)

RM29.00

Penulis : Ibnu Qasim Al-Ghazi

Penterjemah: Abdul Rachman Saleh Siregar M.A.

Editor: Ust.Ku Muhammad Asmadi Bin Ku Mohd. Saad

Muka Surat: 402

Availability: In stock

SKU: 9789673681884 Categories: , ,

Kitab Fathul Qarib Al-Mujib ini merupakan syarah bagi matan Qadi Abu Syuja’ atau Syeikh al-‘Alim al-Allamah al-Imam Syihab Ad-Dunya wa Ad-Din, Ahmad bin Husain bin Ahmad Al-Asfahani As-Syafi’e rahimahullah. Beliau merupakan seorang ulama besar Mazhab Syafie. Kitab ini telah disyarah dan diberikan penjelasan oleh Imam Muhammad bin Qasim Al-Ghazi.

Sebuah kitab klasik yang menghimpunkan perbicaraan fiqh lengkap Mazhab Syafi’e. Perbahasan bab feqah berkisar tentang:

  • Kitab Taharah, Kitab Solat, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab Haji
  • Kitab Jual Beli dan Beberapa Akad Mu’amalah Selainnya
  • Kitab Pembahagian Warisan dan Wasiat
  • Kitab Nikah Dan Hukum-Hakam yang Berkaitan Dengannya
  • Kitab Jinayat, Kitab Hudud, Kitab Jihad
  • Kitab Haiwan Buruan Dan Sembelihan
  • Kitab Hukum-Hakam Perlumbaan Dan Memanah
  • Kitab Hukum-Hakam Pengadilan Persaksian
  • Kitab Pembebasan Hamba

Kitab ini amat masyhur dan dijadikan sebagai bacaan dan rujukan di pengajian sekolah pondok tradisional atau pesantren klasik di rantau Nusantara sehingga hari ini. Semoga pencerahan dan perkongsian ilmu yang terapat dalam di dalam kitab ini dapat kita manfaatkan untuk memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan orang lain. Insya Allah.

Weight 0.75 kg
Dimensions 6 × 8 in