Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar Al-Asy’ari

RM13.00

Oleh: Al-‘Alim Al-‘Allamah Fadhilah As-As-Syeikh ‘Abdul Qadir Bin ‘Abdul Mutthalib Al-Indonesi Al-Mandili

Editor: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 116

Availability: In stock

SKU: 9789673683031 Categories: , ,

Ustaz Abu Bakar Al-Asy’ari atau nama sebenarnya Abu Bakar bin Shaari merupakan seorang tokoh agama yang masyhur di utara Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Namun, disebalik kemasyhuran beliau dalam gerakan islah atau lebih dikenali kaum muda, beliau mendapat tentangan dan kritikan daripada alim ulama melayu ketika itu lantaran fatwa-fatwanya yang mengundang kontroversi.

Justeru, Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili, salah seorang ulama tersohor Tanah Melayu telah mengarang dan menyusun risalah ini bagi menjawab kekeliruan yang berlaku hasil fatwa-fatwa kontroversi Ustaz Abu Bakar Al-Asy’ari yang didapati daripada buku karangannya, ‘Ibadah Rasulullah SAW’.

Semoga dengan kehadiran buku ini dapat mengangkat dan menghilangkan kekeliruan sekaligus menambah kefahaman dan keyakinan kita dalam menjalani kehidupan seharian berlandaskan syariat yang benar.

Weight 0.15 kg
Dimensions 6 × 0.2 × 8 in