Asas Membina Generasi Berkualiti

RM35.00

Pengarang : Muhammad Nur Abdul Hafiz Suaid

Diterjemah Oleh : Siti Saujah Bte. Haji Mashuri, To’at Amrullah bin Haji T.Syarfi

Penyunting/Editor : Dr.Mohd Puzhi bin Usop

Muka Surat: 445

Availability: In stock

SKU: 9789675274589 Categories: ,

Apabila dibicarakan tentang pendidikan anak-anak, banyak sckali teori, ujikaji serta pandangan barat berkenaan topik ini. Pelbagai teori, ujikaji dan buah fikiran mengenai pendidikan anak-anak digunakan. Keputusannya ada yang berjaya ada yang tidak. Majoriti hasilnya tidak seperti yang diharap-harapkan. Malah adakalanya anak-anak ini hanya dijadikan bahan ujikaji untuk teori atau fahaman yang dihasilkan. Isu pendidikan serta pembangunan anak-anak ini tidak boleh dianggap enteng atau mudah. Runtuhnya sebuah tamadun adalah kepada kegagalan dalam kaedah dan sistem pendidikan anak-anak.

Dalam Islam, pendidikan anak-anak ini merupakan tanggungjawab utama ibu bapa. Kelahiran anak ke dunia ini bukanlah garisan permulaan untuk pendidikan anak. Pendidikan sebenarnya sudah bermula sebelum terdirinya rumahtangga itu sendiri. Di sinilah permulaan pendidikan anak dalam ajaran Islam yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah kepada seluruh umat Islam baik yang terdahulu dan umat yang akan datang.

Konsep dan kaedah pendidikan anak yang diajarkan oleh Rasulullah sesuai untuk semua golongan tanpa mengira bangsa, bahasa, taraf hidup dan zaman. la tidak mempunyai tempoh luput seperti teori dan ujikaji yang diilhamkan oleh cerdik pandai barat yang berdasarkan akal dan logik semata-mata.

Sesuai dengan fitrah manusia, asas pendidikan yang ditunjukkan oleh Rasulullah amat menekankan kepada pcndidikan akidah, akhlak, perilaku, pemikiran, perasaan dan emosi anak-anak. Ibu bapa memikul peranan yang amat besar dan penting dalam pendidikan anak-anak. Rasulullah telah memberikan contoh teladan yang terbaik tentang bagaimana cara dan kaedah dalam mendidik serta membimbing anak-anak. Pendidikan sahaja tidak akan lengkap tanpa doa dan memohon pertolongan daripada Allah dalam membentuk peribadi unggul seorang manusia. Konsep dan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah ini adalah berdasarkan al-Quran. Dan al-Quran itu diturunkan Allah kepada manusia sebagai petunjuk.

Weight 0.47 kg
Dimensions 8 × 10 in