Aku, Buku Dan Cinta

RM17.00

Pengarang : Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni

Penterjemah :Susilawati Husin Kaderi

Penyunting: Noraine Abu

Muka Surat: 282

Availability: In stock

SKU: 9789675274107 Categories: ,

Ibn ‘Aqil menceritakan tentang dirinya: “Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti,  maka banyaklah masaku yang terbuang.”

Sayangnya pada zaman sekarang ini, masyarakat kita nampaknya lebih gemar sibuk mengurus hartanya daripada ilmu. Jangankan satu hari, satu jam, rasanya berat bagi mereka untuk meluangkan waktu menuntut ilmu. Pada zaman sekarang, seseorang akan lebih dihormati ketika dia mempunyai banyak harta benda. Ini merupakan keadaan yang membuatkan muka kita berkerut sedih.

Kita adalah umat “iqra” dan semestinya kita menjadi bangsa yang rajin membaca bagi meraih kejayaan dalam segala aspek kehidupan di dunia ini.  Buku ini menceritakan kepada anda bagaimana kisah-kisah ilmuwan dan tokoh muslim memperoleh kejayaan dan menghasilkan karya-karya agung lantaran mereka rajin membaca. Dengan membaca buku ini diharapkan anda lebih terdorong dan termotivasi untuk lebih banyak membaca. Selamat membaca!

Weight 0.25 kg
Dimensions 5.5 × 8.25 in