Buku ini menghimpunkan 40 doa yang diawali dengan ungkapan ‘Rabbana”… yang bermaksud ” Wahai Tuhan Kami…” Doa yang boleh kita amalkan dan digunakan untuk memohon pertolongan dan belas kasih Allah S.W.T.
Semoga dengan kehadiran buku ini dapat kita jadikanĀ sebagai rujukan dan panduan untuk kita memanjatkan ibadah doa kepada Allah S.W.T. Lebih-lebih lagi dalam meraih keredaan-Nya, agar hidup kita sentiasa diberkati di dunia dan di akhirat kelak.






