Yasin Ibu Hamil

RM7.00

Susunan : Ustaz Ammar bin Lukman

Disemak dan Teliti Oleh : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop

Muka Surat: 154

Availability: In stock

SKU: 9789675984303 Categories: ,

Buku Yasin Ibu Hamil ini memberi panduan memudahkan pada ibu mengamal surah-surah dan ayat tertentu juga doa-doa khusus yang perlu dibaca ketika hamil.

Amalan-amalan daripada buku ini juga perlu dibaca oleh suami apabila diketahui isterinya telah hamil. Setelah bersalin maka suami sebagai bapa kepada bayi itu perlu melaksanakan tanggungjawab tertentu untuk anaknya selain daripada doa-doa khusus. Maka buku ini disusun khas sebagai panduan amalan para suami dan isteri yang bakal menerima cahaya mata daripada awal hamil sehinggalah memberi nama bayi.

Tanda-tanda hamil yang lazim dialami oleh isteri ialah:

  1. Putus haid
  2. Rasa loya dan muntah-muntah, terutama pada waktu pagi.
  3. Merasa letih dan badan juga terasa tidak sedap badan lain daripada biasa.
  4. Buah dada terasa sengal-sengal atau bengkak.
  5. Pembuangan air kecil menjadi kerap.
  6. Perasaan runsing dan tidak menentu.
  7. Mulut terasa payau atau rasa tidak enak.
  8. Hilang minat terhadap makanan atau minuman yang selalunya menjadi kesukaannya.
  9. Tidak tahan atau alah kepada sesetengah bau yang lazimnya tidak menimbulkan masalah.
  10. Lebih kerap ke tandas daripada biasa dan sukar untuk membuang air besar.
Weight 0.23 kg
Dimensions 6 × 8.25 in