Wanita-Wanita Syurga

RM50.00

Penulis: Ahmad al-Sa’dani

Penterjemah: Muhammad Zuhirsyan M.A

Editor: Ust. Muhammad Salman Bin Jonid (UM)

Penyunting: Dr. Mohd Puhzi bin Usop

Muka Surat: 439

 

Availability: In stock

SKU: 9789674392154 Categories: ,

Sebaik-baik teladan dan ikutan dalam kehidupan ini adalah nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Keseluruhan kisah-kisah mereka telah ditulis dan dirakam kemas di dalam lembaran sejarah Islam. Kebanyakannya mencoretkan tentang tokoh-tokoh dalam kalangan lelaki.

Adapun buku yang anda tatap ini karangan Syeikh Ahmad as-Sa’dani adalah kisah-kisah wanita-wanita syurga, sebuah buku yang membicarakan secara khusus tentang ketokohan dan keimanan mereka serta sumbangan mereka dalam mendaulatkan kebenaran Ilahi dan keunggulan Islam di persada dunia dan alam semesta. Peribadi-peribadi yang dipuji oleh Allah Taala dalam kitab suci al-Quran dan diakui juga oleh hadis-hadis baginda SAW.

Tokoh-tokoh seperti Khadijah, Fatimah, Aisyah, Hafsah, Juwairiyah, Mariam Qibtiyah, Zainab al-Jahsy, Safiyyah, Raihanah, radiallah anhunna ajmaain antara tokoh-tokoh wanita ahli syurga yang dirakamkan dalam buku ini. Wanita-wanita ini mendapat pujian daripada penduduk langit, juga mendapat pujian daripada Jibril a.s.

Selain mereka ini, isteri-isteri para sahabat nabi SAW juga dirakamkan dalam buku ini seperti Asma binti Abu Bakar, Atikah dan lain-lainnya merupakan wanita-wanita yang kuat iman dan banyak bersabar serta ikhlas amalannya dalam menggembirakan suami-suami mereka, juga turut serta dalam medan perjuangan jihad, memberikan makanan dan minuman kepada pejuang Muslimin serta merawat mereka.

Hayatilah buku ini, penuh iktibar dan sarat dengan motivasi. Moga kita dapat mengambil manfaat terbaik daripadanya dan dihimpunkan bersama mereka di dalam syurga nanti . Amin Ya Rabb.

Weight 0.59 kg
Dimensions 8 × 10 in