Percayalah bahawa Nabi Khidir AS itu masih ada dan hidup sehingga sekarang. Tanpa menafikan kontroversi antara hidup dan matinya, yang paling penting adalah melihat aspek kehidupan individu yang mulia tersebut dan menjadikannya sebagai panduan untuk mewarnakan kehidupan. Persoalannya, apakah keistimewaan dan kelebihan Nabi Allah Khidir ini?
Beberapa kisah menarik di dalam buku ini akan merungkai dan menjawab persoalan tersebut, meskipun sebahagian tanda tanya besar masih mengekori di sebalik setiap peristiwa yang berlaku itu. Di samping itu juga, di dalam buku ini turut menyatakan amalan-amalan yang harus kita lakukan untuk mendekati, justeru menemui Nabi Allah yang penuh misteri ini. Mudah-mudahan dengan pengisian dan pengetahuan ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada para pembaca ddemi menggapai jkesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Insya Allah.




