The Golden Story of Abu Bakar As-Siddiq

RM39.00

Penulis: Haji Husseiny Bin Zamburi

Disemak Oleh: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 452

Availability: In stock

SKU: 9789673682812 Categories: ,

Setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar telah dibai’ahkan menjadi khalifah Islam yang pertama pada tanggal 13 Rabiulawal tahun ke-11 hijrah. Memegang tampuk kepimpinan yang tertinggi di dalam sebuah negara yang masih baru amat memerlukan kekuatan dan kemahiran dari pelbagai aspek. Lebih-lebih lagi ketika itu cabarannya amat besar dan mencabar. Banyak unsur negatif timbul seperti nabi palsu, keengganan untuk patuh ajaran Islam, tidak mahu membayar zakat dan juga ancaman daripada musuh-musuh yang berazam untuk menhancurkan Islam seperti Rom dan Parsi. Inilah yang perlu dihadapi oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Abu Bakar As-Siddiq adalah sahabat Nabi SAW yang paling rapat sekali. Seorang yang zuhud dan sentiasa mempertahankan Agama Islam. Malah beliau juga telah bersama-sama Nabi SAW semasa berhijrah ke Yathrib (Madinah). Islam telah menjadi begitu kukuh dan kuat di Madinah seterusnya dengan penaklukan Mekah. Di Semenanjung Arab, Islam semakin dicemburui oleh kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi. Dalam masa yang sama terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Yahudi dan bukan Arab lain tidak menyenangi Islam. Mendengar berita wafatnya Nabi SAW, musuh-musuh Islam ini mula menunjukkan taring penentangan mereka secara terang-terangan. Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh Saidina Abu Bakar. Dalam meneruskan kesinambungan Islam dan menyebar luaskan ajaran Islam. Ia memerlukan tindakan segera clan efektif dalam mengatasi masalah nabi palsu, murtad, golongan yang enggan mengamalkan cara hidup Islam seperti menolak ibadah solat, zakat dan sebagainya.

Lebih mencabar lagi adalah ancaman musuh-musuh daripada luar yang hanya menunggu tempoh dan ketika untuk memusnahkan Islam. Tindakan seperti bertahan, menyerang dan memperkuatkan negara perlu dilakukan dalam masa yang sama. Selain masalah in, isu keagamaan juga perlu diambil berat seperti dakwah Islamiyyah, pengajian Al-Quran dan hadis (penulisan dan rekod). Ini amat penting demi untuk kesinambungan agama yang syumul iaitu Islam. Buku ini menerangkan secara terperinci tentang apa yang telah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar untuk meneruskan kesinambungan Agama Islam. Dengan pengisian yang amat bernilai dapat kita ambil ikhtibar dan pengajaran daripada sejarah terpenting dalam pengukuhan Islam sebagai tamadun dan Agama yang syumul yang menjadi pegangan dan cara hidup manusia.

Weight 0.78 kg
Dimensions 7 × 1 × 10 in