Terjemahan Riyadh Al-Salihin H/C Jilid Kedua

RM75.00

Pengarang : Al-Imam Al-Nawawi

Pentakhrij : Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani

Penterjemahan : Najib Kailani An,Fatimah Rasyidah An

Editor : Noraine Abu,Dr.Mohd.Puzhi Usop

Muka Surat: 705

Availability: In stock

SKU: 9789675115882 Categories: ,

Kitab “Riyadh AI-Salihin” karangan Al-Nawawi adalahkitab yang menjadi panduan dan rujukan Islam sejak dahulu lagi. Kitab ini merupakan himpunan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia terutamanya dalam bidang ibadah. Kitab ini juga sering dijadikan bahan pengajian di masjid-masjid, pusat-pusat pengajian dipejabat-pejabat dan sebagainya.

Kitab tersohor ini juga telah dilakukan pengesahan terhadap hadis-hadis yang terkandung di dalamnya oleh ulama-ulama hadis yang terkenal di antaranya Dr Nasir Al-Din Al-Albani. Kepakaran dan keahlian beliau dalam bidang hadis diiktiraf oleh umat Islam di serata dunia. Beliau telah menjalankan kajian terhadap setiap hadis yang terkandung dalam buku ini dari sudut kesahihan sanad dan matanya. Ulasan beliau telah dinyatakan dalam kitab ini sebagai pengesahan terhadap tahap hadis-hadis yang dikaji. Buku ini perlu dimiliki oleh semua umat Islam kerana ia mampu membimbing ke jalan benar, menyuluh kegelapan serta memecah kebuntuan hidup manusia. Ilmu-ilmu serta panduan-panduan yang terkandung di dalam buku ini sangat berguna bagi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

Weight 1.3 kg
Dimensions 8 × 10 in