Taqrib Al-Ikhwan Fi Ta allumi Aqa’id Al-Iman merupakan sebuah kitab yang membicarakan berkenaan perbahasan Ilmu Usuliddin ataupun turut dikenali sebagai Ilmu Tauhid.
Kitab ini dialih tulisan daripada kitab asal yang bertulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa melalakukan sebarang pindaan terhadap gaya bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan murad ( kehendak ) asal pengarang serta bagi memudahkan dalam mengikuti pengajian.
Semoga usaha yang dilakukan ini dapat menjernihkan lagi kefahaman masyarakat berkaitan isu-isu aqidah yang semakin mencabar pada zaman yang penuh fitnah dan cabaran ini.