Untuk insan bernama ibu…
“Ya Allah, terima kasih Engkau telah menurunkan malaikat-Mu ke dunia untuk sentiasa menjaga aku, sentiasa mencintai aku, tidak pernah meninggalkan aku. Ya Allah, walaupun aku sering menyakitinya, mengecewakannya, membuatnya bersedih, tetapi sentiasa dan sentiasa, dia membalasnya dengan ketulusan dan cinta. Sesungguhnya tidak ada yang layak untuk dia selain syurga-Mu. Ya Allah jadikanlah aku sebagai insan yang sentiasa berbakti kepada ibuku dan sentiasa membahagiakan ibuku. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik tempat untuk memohon.” Amin ya Rabbal ‘Alamin.



