Syarah Matan Jauharah At-Tauhid

RM22.00

Karangan: Al-Iman As-Syeikh Ibrahim Al-Laqqani

Terjemahan dan syarahan oleh: Syeikh Syihabuddin Al-Haji

Transliterasi Tulisan Jawi Kepada Rumi: Mohamad Akmal bin Mohamad

Editor: Panel Editor Al-Hidayah

Muka Surat: 326

Cetakan: 2021

Availability: In stock

SKU: 9789673683154 Categories: , ,

“Awal-awal agama adalah dengan mengenal Allah”

Buku yang berjudul Syarah Matan Jauharah At-Tauhid ini merupakan syarah bagi Matan Jauharah At-Tauhid. Buku ini membahaskan berkenaan ilmu Usuluddin yang membincangkan berkenaan Makrifatillah atau mengenal Allah. Di dalam buku ini dibahaskan perbincangan sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Nabi sama ada sifat wajib, sifat mustahil dan sifat harus. Di samping itu juga, dihadirkan perbahasan lain seperti hukum basmalah, hukum selawat dan taradhi, sejarah Ilmu Kalam, perbincangan ayat-ayat Mutasyabihat yang terdapat di dalam Al-Quran dan lain-lain perbincangan.

Buku ini dialih tulisan ke tulisan Rumi daripada kitab asalnya dalam tulisan Jawi tanpa sebarang pindaan dari segi Bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan maksud asal penulis dan bagi memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian dan membuat rujukan.

Semoga usaha yang kecil ini diganjarkan sebaik-baik ganjaran oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di samping memberi manfaat dan kefahaman yang jelas kepada masyarakat.

Weight 0.36 kg
Dimensions 6 × 8 in