Sollu Alan Nabi

RM39.00

Penulis: Muhammad Abdul Aziz Al-Khuly

Penterjemah: Siti Arifah Karim

Disemak Oleh: Panel Editor Alhidayah

Cetakan 2019

Muka Surat: 496

Availability: In stock

SKU: 9789674393243 Categories: ,

Kehidupan harian bermula dari bangun tidur sehingga tidur, begitu terperinci sekali contoh cara hidup yang ditunjukkan oleh seorang insan yang agung lagi dimuliakan iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah contoh atau model yang paling sempurna untuk disanjung, dicontohi dan diteladani. Bagaimana Baginda SAW menjalani kehidupan seharian, berhubung dengan Sang Khaliq, keluarga, sahabat, orang asing dan juga musuh. Semua ini telah ditunjukkan dengan penuh hikmah dan nilai akhlak yang mulia.

Maka kenapa perlu lagi bersusah-susah untuk mencari idola pujaan yang lain? Selayaknya dan sepatutnya Baginda SAW adalah idola atau contoh utama bagi setiap umat Islam. Inilah yang sepatutnya diterapkan ke dalam jiwa setiap Muslim di zaman yang penuh dugaan dan cabaran ini. Bagaimana cara Rasulullah membangunkan sebuah masyarakat yang begitu kukuh melalui pembinaan institusi keluarga yang cemerlang. Sebuah masyarakat dan negara yang terbaik sehingga dikagumi oleh musuh-musuhnya. Malah dikagumi sehingga kini sama ada oleh umat Islam mahupun bukan Islam. Apa yang dihidangkan di dalam buku ini merupakan di antara cara hidup Nabi Muhammad SAW yang boleh kita ambil contoh teladan dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita.

Weight 0.84 kg
Dimensions 8 × 10 in