Solat Jumaat

RM18.00

Penyusun : A.Chodri Romli

Muka Surat: 419

Availability: In stock

SKU: 9789830990934 Categories: ,

Antara kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mukallaf, lelaki, merdeka, sihat dan musafir ialah mendirikan Solat Jumaat secara berjemaah. Sesiapa yang meninggalkan Solat Jumaat tanpa keuzuran ianya dianggap sebagai orang munafik. Perkara ini jelas kerana Rasulullah sendiri bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang meninggalkan Solat Jumaat sebanyak tiga kali secara berturut-turut tanpa uzur nescaya Allah akan menutup hatinya”

Mahukah kita dianggap sebagai munafik dan ditutup hati kita oleh Allah SWT?. Menjadi seorang munafik bererti kita menanggung dosa yang amat besar dan balasan siksa yang pedih di akhir nanti, begitu juga apabila Allah menutup hati seseorang manusia, maka bertambah jauhlah dirinya dari hidayah Allah. Memandangkan pentingnya Solat Jumaat dalam kehidupan umat Islam, maka kami terbitkan buku kecil ini sebagai panduan dalam melaksanakan Solat Jumaat dengan lebih sempurna lagi. Semoga ianya dapat membimbing kita dan mudah-mudahan menjadi orang yang beriman kepada Allah SWT.

Weight 0.25 kg
Dimensions 6 × 8 in